Berita Hari Ini

Harga RON97 Naik 11 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter manakala harga RON97 pula RM2.49 seliter, naik 11 sen bagi tempoh 29 hingga 5 Julai.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengekalan harga runcit RON95 dan diesel itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan bagi menstabilkan harga runcit petroleum selain mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Menurutnya, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya dijual pada harga RM2.19 serta RM2.28 seliter.

“Namun harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 (RON95) seliter dan RM2.18 (diesel) seliter,” katanya.

Menurut kementerian itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi RON95 dan diesel dalam tempoh yang sama berjumlah RM75.16 juta.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");