Berita Hari Ini

Hari Pertama ‘Istana Terbuka’ Brunei Tarik Kunjungan Hampir 35,000 Orang

BANDAR SERI BEGAWAN: Sehingga 34,799 orang berkunjung ke Istana Nurul Iman, istana diraja Brunei pada Jumaat, hari pertama majlis “Istana Terbuka” yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari sempena sambutan Aidilfitri.

Menurut Astro Awani, sebagai sebuah negara yang mempunyai kira-kira 440,000 penduduk pada 2018, Brunei telah mengekalkan tradisi membuka istana dirajanya kepada orang awam sejak bertahun-tahun sempena perayaan tahunan umat Islam Aidilfitri, bagi membolehkan rakyat Brunei dan pelancong bertemu dan beramah mesra dengan Sultan Hassanal Bolkiah serta kerabat diraja yang lain.

Istana Nurul Iman tahun ini dibuka kepada umum selama tiga hari bermula Jumaat yang merupakan Hari Raya kedua dan menyaksikan sejumlah 34,799 pengunjung.

“Istana Terbuka yang berlangsung setiap tahun adalah satu acara yang luar biasa di negara ini,” kata pengunjung dari Britain Gerald Moore kepada agensi berita China Xinhua.

“Bagi saya, ini merupakan pengalaman sekali dalam seumur hidup untuk bertemu Sultan Brunei dan kerabat diraja yang lain,” katanya.

Seperti biasa, pengunjung sebagai tetamu berpeluang menikmati pelbagai juadah istimewa yang disajikan untuk mereka dan bergerak ke ruang yang ditetapkan untuk sesi bertemu dan beramah mesra dengan Sultan serta kerabat diraja yang lain.

Selain rakyat dan pelancong, pengunjung termasuk diplomat asing serta kakitangan pelbagai kementerian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");