Berita Hari Ini

Hentikan Politik Jijik – Amirudin Shari

SHAH ALAM: Kepemimpinan negara diminta mengambil tindakan tegas supaya dalang di sebalik penularan video palsu yang memfitnah seorang menteri kanan segera diheret ke muka pengadilan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata pihak berwajib juga perlu menyekat penularan video dan memberi amaran keras kepada pihak yang terus-menerus mensensasikan fitnah itu kepada khalayak awam.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor menjelaskan perkembangan politik nasional sejak kebelakangan ini dijejaskan oleh mainan yang jelik dan keji, dengan penularan video palsu memfitnah menteri berkenaan memasuki suatu fasa yang melampau dan memualkan.

“Ketika rakyat dan seluruh negara mengharapkan politik yang memberi harapan untuk perubahan dan pembangunan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kini, politik menjadi medan fitnah bukannya sebagai wasilah kepada kesejahteraan awam.

Semalam satu lagi video fitnah disebarkan dan turut dimuatnaik ke dalam laman pornografi. Amalan politik sebegini mencemarkan kesucian agama, tradisi dan budaya serta kemaslahatan rakyat khususnya umat Islam di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Amirudin berkata, pertembungan politik seharusnya berlaku dengan sihat serta menawarkan idea-idea yang mengangkat martabat rakyat dan negara, bukannya melalui cara terdesak yang kotor.

Katanya, komplot politik jahat yang mengheret rakyat itu seharusnya tidak berlaku lagi di era Malaysia Baharu ini,” katanya.- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");