Membawang Hari Ini

Hidup Sempurna Dengan Kehadiran Papa – Nabila Huda

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, kini hidup saya dirasakan sempurna dengan kehadiran papa.”

Demikian kata pelakon, Nabila Huda, 34, ketika mengulas mengenai pertemuan dengan bapanya, Amy Search, Khamis lalu.

Kata bintang filem Munafik itu, sebagai anak, dia rela membuang ego pada bulan mulia ini bagi menjernihkan semula hubungan dengan penyanyi rock terkenal itu dan ibu tirinya, Nourish Hassan.

“Sebelum ini, kegembiraan saya bagai tidak lengkap kerana terpaksa memendamkan rasa rindu yang terlalu menebal terhadap papa. Saya kini berharap hubungan kami takkan lagi diduga pada masa akan datang.

“Setiap hari saya menghantar mesej meluahkan rasa sayang kepada papa. Sukar untuk saya mengungkapkan kegembiraan ini dengan perkataan.

“Bertepatan dengan Syawal yang mulia ini, saya membuang segala dendam dan masalah untuk kembali melengkapkan keluarga kami. Perancangan dibuat oleh Erma (Fatima), yang saya anggap sebagai ibu, disambut baik kerana saya tidak sanggup lagi berjauhan dengan papa,” katanya kepada BH Online.

Nabila juga berkata, dia turut memikirkan mengenai kebaikan dilakukan ibu tirinya demi hubungan mereka sekeluarga.

Baru-baru ini, Erma menerusi Instagramnya berkongsi video yang memaparkan pertemuan dua beranak itu di kediaman Amy.

Bintang rock itu sebelum ini mengatakan, pengarah dan penerbit terbabit bersama isterinya adalah insan bertanggungjawab merancang pertemuan berkenaan.

Awal minggu ini, kekecohan tercetus antara Nabila dan ibu tirinya berikutan perkongsian ucapan Hari Bapa yang dibuat pelakon terbabit kepada Amy di Instagram.

Norish dikatakan membalas status berkenaan dengan mendakwa, Amy tidak pernah mengajar anak-anak menyambut Hari Bapa. Ia menimbulkan kemarahan Nabila yang menganggap Nourish konon sengaja mencari alasan untuk berbalah.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");