Berita Hari Ini

Imigresen Tahan 16 PATI Di Pusat Beli-belah

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia menahan 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu operasi bersepadu di sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu negara, kelmarin

Ketua Pengarahnya Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata dua orang majikan turut ditahan dalam serbuan yang dilakukan oleh 14 pegawai pada pukul 4 petang itu.

“Pihak kami telah memeriksa seramai 90 warga asing dalam operasi itu dan sebanyak 16 PATI ditahan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada warganegara India 12 orang, tiga orang warganegara Pakistan termasuk seorang daripadanya merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR) dan seorang warganegara Bangladesh.

“Kesemua PATI yang ditahan berumur lingkungan 25 hingga 50 tahun dan bekerja sebagai penjaga premis serta pekerja premis di dalam pusat beli-belah ini,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi, lapor Bernama.

Khairul Dzaimee berkata antara kesalahan yang dilakukan PATI adalah menyalah guna pas serta tidak mempunyai dokumen pengenalan yang sah.

”Kesemua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");