Perak Hari Ini

Isu Kereta Baru Exco Perak: Proton Juga Sudah Milik China kata Asmuni Awi

IPOH: Baru-baru ini telah tular berita mengenai kerajaan negeri Perak dimana telah membeli kereta Toyota Camry baharu kepada barisan exco kerjaan negeri.

Kata Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi tindakan membeli kereta berkenaan disebabkan kos penyelenggaraan yang lebih rendah berbanding kereta lama.

Menurut beliau juga, tiada keperluan untuk membeli kereta Proton yang dikatakan milik kerajaan Malaysia kerana produk berkenaan sekarang adalah milik China.

“Sama sahaja jika kerajaan negeri membeli kereta Toyota Camry yang juga milik negara China.

“Toyota Camry yang dibeli ini adalah model kereta yang biasa-biasa sahaja tetapi ada negeri yang diterajui pembangkang menggunakan kereta Mercedes Benz dimana kosnya lebih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata rakyat dilihat mempertikai tindakan kerajaan negeri yang membelakangkan kebajikan rakyat dan mendahulukan perkara yang dilihat membazir.

Mengulas persoalan tersebut, beliau yang juga Adun Manjoi berkata, perkara tersebut bukan isunya kerana memang ada peruntukan untuk pertukaran kereta bagi lima tahun sekali.

“Mungkin orang ramai atau media sendiri tidak tahu bahawa kereta yang kami gunakan ini telah melebihi dari lima tahun dan kerap mengalami masalah seperti kenderaan berkenaan mati di tengah jalan,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya antara masalah yang dihadapi oleh para exco seperti Hasnul Zulkarnain dan A.Sivanesan adalah kenderaan yang mereka ginakan telah mati di tengah jalan malahan kereta yang dinaiki oleh Tan Kar Hing pula sistem pengwayarannya telah terbakar.

“Kereta saya sendiri naiki juga bunyi seperti truk malahan kos membaikinya agak tinggi mungkin kerana kereta berkenaan sudah lama.

“Barangkali kereta yang digunakan tidak dijaga dengan baik dan jika dapat dilihat pada tahap kecalaran pada badan kereta sudah seperti dicakar harimau.

“Cuma warnanya hitam, jadi tidak begitu jelas,” katanya.

Tambah beliau, jika ini kereta berkenaan miliknya mungkin beliau tidak gunakannya (tak pakai), namun disebabkan kereta tersebut adalah kenderaan rasmi, beliau gunakan juga.

“Kami tetap bersabar walaupun berhadapan keadaan yang tidak selesa namun bukan bermakna kerajaan negeri cerewet tetapi setiap kami berhadapan tugas besar dan perlu sampai dengan lebih cepat ke sesuatu destinasi.

“Kadang kala kami juga bimbang sama ada boleh sampai atau tidak,” katanya.

Tegas beliau, perkara yang paling penting adalah kos penyelenggaraan yang sedia ada agak tinggi dan kereta rasmi perlu ditukar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");