Perak Hari Ini

Isu Lantikan Latheefa Koya: Pucuk Pimpinan PKR Punya Pandangan Tersendiri

IPOH- PKR Perak menolak dakwaan yang menyatakan bahawa wujud dua kem di dalam parti itu dimana ada pihak yang menyokong tindakan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan ada pihak yang menolak tindakan beliau.

Naib Presidennya, Tan Kar Hing berkata, perkara tersebut adalah lebih kepada lontaran pandangan peribadi masing-masing

“Ada pihak yang merasakan bahawa tindakan Tun M tidak salah kerana perkara seperti itu adalah hak Perdana Menteri dan jelas ini adalah amalan konvensional dimana PM boleh melantik terus tanpa persetujuan sesiapa.

“Namun, pertikaian antara pucuk pimpinan PKR disebabkan wujudnya Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) yang bertujuan untuk melantik Jawatan Utama Perkhidmatan Awam,” katanya dalam satu temubual di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Terdahulu, Naib Presiden PKR, Tian Chua, dalam kenyataannya telah menyokong pelantikan Latheefa, menyorot bahawa Latheefa merupakan seorang peguam yang berdedikasi dan pada masa yang sama merupakan pengkritik Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Sementara itu, pemimpin PKR yang mempertikaikan pelantikan Latheefa adalah Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Wangsa Maju Tan Yee Kew malahan Nik Nazmi menyifatkan pelantikan Latheefa tidak selari dengan janji PH dalam manifesto pilihan raya yang mahu memastikan agar SPRM melapor terus kepada parlimen dan bukannya kepada perdana menteri.

Dalam pada itu tambah Kar Hing, Tun M memang mempunyai hak untuk membuat sebarang lantikan.

Namun katanya, selepas pentadbiran diambil alih oleh PH, PSC adalah jawatankuasa yang mempunyai tugas dalam membuat lantikan.

“Harapan saya adalah supaya kita dapat menambah baik perkara ini pada masa akan datang supaya lantikan penting sebegini boleh dibincangkan dalam jawatankuasa dan dibentangkan kepada PM dan dilantik sendiri oleh beliau selepas itu.

“Dalam hal ini, adalah wajar supaya diberikan hak kepada jawatankuasa tersebut untuk berbincang malahan jawatankuasa tersebut perlu dimanfaatkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");