Berita Hari Ini

Itu Adalah Program Majalah Motivasi – RTM

KUALA LUMPUR – Jabatan Penyiaran Malaysia pada Rabu menafikan Radio Television Malaysia (RTM) menyiarkan program berunsur penyebaran agama selain Islam di saluran TV2.

Menerusi satu kenyataan, jabatan itu memaklumkan program disiarkan RTM bukanlah program berunsur agama tetapi slot program majalah motivasi bermula 6 pagi hingga 6.30 pagi.

“Setiap episod memaparkan kejayaan dan kemajuan setiap individu yang berlainan latar bangsa dan agama bertujuan memberi motivasi kepada penonton untuk mencapai impian.

“Personaliti berkongsi pengalaman dan tip untuk mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing. Program ini tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang di Malaysia,” katanya.

Menurut Bernama, ia merujuk kepada laporan Pengerusi UMMAH Terengganu Wan Mohd Faizul Wan Abas di media sosial berkaitan siaran program RTM dikatakan mirip kuliah agama.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa program berkenaan mematuhi Peraturan Tetap Operasi (SOP) RTM dan diluluskan untuk siaran dengan klasifikasi (U).

“RTM amat kesal dengan penyebaran berita yang tidak tepat ini.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");