Membawang Hari Ini

‘Jangan Tanya Soal Keisha’

KUALA LUMPUR: Usah ditanya Keisha beraya di mana. Itu permintaan pelakon Nabila Huda yang mengaku Aidilfitri kali ini suram apabila puteri kesayangan, Keisha Laila meraikan Syawal bersama bekas suami.

Nabila memberitahu, tahun ini giliran bekas suami beraya dengan Keisha atas persetujuan bersama yang dipraktikkan sejak mereka berpisah.

Sehubungan itu, Nabila dan suami, Mohd Izwan Johar berharap orang ramai tidak bertanya mengenai perkara itu kerana ia dianggap sensitif kepada mereka sekeluarga.

“Tahun ini, Keisha beraya bersama ayahnya. Saya harap usahlah bertanya di mana Keisha dan sebagainya. Soalan itu sangat sensitif buat kami kerana semua semua orang sedia maklum keakraban hubungan kami.

“Saya dan bekas suami mengambil giliran untuk beraya bersama Keisha. Saya harap orang ramai memberi kerjasama dan tidak menanyakan soalan sensitif itu. Ia bukan saja memberi impak kepada Keisha, malah saya juga,” luahnya.

Nabila dan bekas suami, Zaidi Zailani berpisah pada 2011. Pada Disember 2015, Nabila berkahwin dengan Izwan.

Sementara itu, aktres yang menjadi bualan ramai selepas muncul dalam drama rantaian Kamar Kamariah itu rancak mempromosikan sambal Isabella yang diusahakan bersama suami.

“Saya dan suami bakal menyambut Aidilfitri di Singapura sambil melawat sanak-saudara di negara itu. Biarpun kerap berulang alik ke Singapura, kelainan berkunjung ke rumah sanak-saudara pada musim perayaan memberi erti berbeza.

“Pada masa sama, saya menggunakan kesempatan untuk menjual sambal Isabella kepada peminat di Singapura. Syukur sambutan terhadap sambal ini sangat menggalakkan,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");