Perak Hari Ini

Jawatan Pengarah Pendidikan Negeri Perak Akan Diisi Dengan Kadar Segera

IPOH- Kerajaan negeri hari ini mengumumkan bahawa proses pemilihan Pengarah Jabatan Pendidikan akan dipercepatkan ekoran jawatan tersebut telah kosong kira-kira tujuh hingga lapan bulan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya telah telah berbincang dengan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk mengisi jawatan Pengarah Pendidikan negeri Perak.

“Kita perlu mengisi jawatan berkenaan dengan kadar yang segera dan saya harap pihak kementerian dapat mengambil tindakan dengan segera dan tentunya Timbalan Pengarah tidak mampu untuk menjalankan tugas dengan begitu lama tanpa ketuanya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa Majlis Penyerahan Peruntukan Kepada Sekolah Separuh Bantuan Kerajaan Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau turut mengulas mengenai dakwaan bahawa ada pihak lain yang mengemukakan nama calon lain dan beliau sendiri turut mempunyai calon tersendiri sehinggakan pencalonan tersebut bertindih.

“Sepertimana yang sedia maklum, keputusan akhir tetap akan dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) dan bukan saya.

“Tentunya sudah ada perbincangan yang dilakukan diantara kami dan ianya berjalan dengan begitu baik, dimana saya kira kami juga telah bersetuju dengan seorang calon berkenaan.

“Kerajaan negeri minta adalah supaya calon berkenaan dapat melaporkan diri untuk menjalankan dengan secepat mungkin,” katanya.

Dalam pada itu katanya, pada hari ini, sebanyak 261 sekolah separuh bantuan kerajaan telah menerima bantuan sebanyak RM3 Juta.

“Kita telah salurkan bantuan ini pada tahun lalu dan nilainya dikekalkan dengan jumlah yang sama pada tahun ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menegaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri mengenai pembelian kenderaan exco yang baru adalah tepat bukan untuk berbangga-bangga.

“Jika ada pihak yang tidak bersetuju terhadap tindakan ini, terpulang kepada mereka kerana keputusan diambil untuk kepentingan kerajaan negeri juga.

Katanya, sebuah kereta yang telah berjalan sejauh 400,000 KM pastinya enjinnya menghadapi masalah serta mudah meragam.

“Kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih sebagai usaha untuk membaiki kereta berkenaan dan apabila kita beli kereta baru tentunya mempunyai jaminan selama lima tahun

“Jadi selama jangka masa lima tahun akan datang, kerajaan melihat bahawa perbelanjaan yang akan dikeluarkan lebih rendah daripada menggunakan kenderaan lama dengan kos yang mengelanggara kenderaan dengan lebih tinggi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");