Berita Hari Ini

JPJ Nafi Hanya 4 Kamera AWAS Berfungsi

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyangkal laporan sebuah portal berita yang mendakwa hanya 4 kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) berfungsi.

JPJ dalam satu kenyataan semalam menyatakan kesemua 41 buah kamera AWAS masih dalam keadaan baik dan sedang beroperasi.

“Pengoperasian beberapa kamera AWAS ditangguhkan sementara waktu kerana terlibat dengan kemalangan dan melibatkan kerja-kerja pendawaian serta pemasangan semula,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan setakat Mei 2019, sebanyak 169,051 saman dikeluarkan sejak sistem AWAS diambil alih oleh JPJ.

Selain itu, JPJ menyangkal dakwaan kononnya ia tiada kepakaran untuk menjalankan pengoperasian kamera AWAS.

Portal berita itu melaporkan hanya 4 kamera AWAS yang masih beroperasi daripada keseluruhan 45 unit yang ada di seluruh negara selepas JPJ mengambil alih operasinya sejak September tahun lepas lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");