Perak Hari Ini

JPJ Perak Sasar Tiada Kematian Sepanjang Musim Perayaan

IPOH- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mensasarkan kosong jumlah kematian menjelang musim perayaan.

Pengarahnya, Severinus Tukah berkata, melalui Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (OPS HRA) yang lancarkan bermula dari 29 Mei sehingga 13 Jun, pihaknya telah menetapkan tarikh dimana kenderaan perdanganan tidak dibenarkan bergerak.

“Pihak kami telah memaklumkan terlebih dahulu kepada pengusaha kenderaan perdagangan seperti lori serta pengusaha bas mengenai larangan ini.

“Kami berharap agar masyarakat dapat mematuhi larangan yang ditetapkan kerana undang-undang dibuat atas sebab-sebab tertentu,” katanya dalam satu sidang media malam tadi.

JPJ Perak turut mengadakan operasi sempena Hari Raya Aidilfitri di Jalan Greentown, berhadapan bangunan Persekutuan, malam tadi.

Dalam perkembangan lain katanya, melalui Operasi Khas Motosikal yang dijalankan, kesalahan paling tinggi dicatatkan adalah ketiadaan cukai jalan.

“Sebanyak 270 pengguna motosikal tidak mempunyai cukai jalan yang tidak sah dan sebanyak 212 pengguna yang tiada lesen memandu,” katanya.

Secara keseluruhan, sebanyak 627 jumlah saman dan notis telah dikeluarkan melalui Operasi Khas Motosikal dan 639 saman dan notis melalui OPS HRA.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");