Perdana Menteri berkata, beliau baru sahaja mendengar mengenai perkara tersebut.

“Saya tidak tahu tahu apa pun, saya baru dengar, saya kena bacalah dulu.

“Kalau you (wartawan) boleh bagi briefing (taklimat), baguslah juga,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran gambar-gambar dan video berkenaan melalui satu kumpulan WhatsApp yang diberi nama ‘Jemputan Hari Raya’ awal pagi tadi.

Turut disebarkan beberapa video menunjukkan individu itu mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki.

Dalam video berkenaan, seorang lelaki kelihatan melakukan oral seks terhadap ‘menteri’ berkenaan.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di luar negara, berdasarkan kepada suara televisyen di dalam video berkenaan.

Beberapa transaksi wang keluar negara melibatkan akaun bank Maybank dan Deutsche Bank yang bernilai ratusan ribu dolar Amerika turut disebarkan hari ini lapor Kosmo Online.