Perak Hari Ini

Kampar River Festival 2019, Pelancongan Sukan Pertama Terbesar Perak

IPOH: Kerajaan negeri bersama pihak Radak Adventure telah menganjurkan satu Festival WhiteWater terbesar di Malaysia iaitu Kampar River Festival (KRF) di Sungai Kampar pada 5 hingga 7 Julai 2019.

Pengarah Acara, Mohd Hasrol Kamis@Mahmad berkata penyertaan KRF tahun ini akan tertumpu kepada kesedaran penjagaan sungai serta mengutamakan keselamatan kesemua pihak yang terlibat.

“Pada penyertaan kali ini, pihak kami cuba untuk menggabungkan keunikan Daerah Kampar tetapi berada di kawasan Gopeng.

“Sepanjang tiga hari program berlangsung, juga akan diadakan aktiviti membudayakan warisan negara yang mana kawasan tersebut merupakan salah satu kawasan yang diwartakan sebagai warisan negara,” katanya.

Dalam perkemangan yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Howard Lee Chuan How berkata, perbincangan di peringkat tertinggi telah dibuat ekoran daripada kehilangan Muhammad Ashraf Hassan di kawasan tersebut.

“Kita telah membincangkan bahawa para pegawai akan ditempatkan di sepanjang jajaran sungai perlumbaan.

“Bukan sahaja dari segi keselamatan malahan akan diwujudkan sistem keselamatan serta sistem buddy dimana setaip atlet dan pegawai diwajibkan untuk mempunyai dua orang buddy sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini dimana melibatkan APM, Rela, PDRM, masyarakat serta aktivis.

“Setiap jajaran juga akan diletakan kamera bagi merakamkan setiap tindakan supaya tidak akan ada sebarang kes kehilangan dan jika ada yang tercerdera, rawatan akan diberikan secepat mungkin dengan bantuan agensi berkaitan,” katanya.

Tambah beliau, hala tuju besar kerajaan negeri adalah untuk memartabatkan agenda pembangunan ekonomi sukan dimana bakal menonjolkan melalui acara ini dapat membangunkan sukan sekaligus boleh membangunkan ekonomi dan memberi kesedaran tentang penjagaan alam semula jadi.

Dalam pada itu katanya, program Konservasi Sungai yang turut diadakan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran kepada masyarakat supaya kes di Pasir Gudang yang mana sungainya tercemar tidak akan berulang.

“Tindakan untuk menyebarkan kesedaran mengenai sungai dapat dibincangkan serta memupuk kesedaran mengenai sungai adalah nadi kepada kehidupan kita.

Tambah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing, beliau berkata Jeram sungai Kampar adalah kawasan ‘geonature’ yang termasuk dalam lembah kebangsaan.

“Satu program ilmiah akan diadakan untuk membincangkan elemen yang berkait rapat dengan sungai, sukan serta geopark,” katanya.

Dalam pada itu, acara berkenaan bakal meletakkan kawasan Kampar sebagai kawasan acara sukan air yang merupakan salah satu usaha dari Pengusaha-Pengusaha pelancongan tempatan di kawasan Gopeng.

Antara aktiviti yang bakal dianjurakan adalah, Perhimpunan Rafters, Pemuliharaan Sungai, Perlumbaan Tubing, Budaya Dan Warisan, Dan Persidangan Geopark.

Pada program kali ini, kerajaan negeri meganggarkan keterlibatan pengunjung sekurang-kurangnya 2000 orang iaitu dari segi pegawai, atlet, pengungjung dan petugas yang akan berada di kawasan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");