Perak Hari Ini

Karnival Lenggong 2019 Bersempena Ulang Tahun Tapak Warisan Dunia UNESCO

IPOH: Jabatan Warisan Negara (JWN), Kementerian Perlancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan kerajaan negeri Perak dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan serta agensi kerajaan akan mengadakan Karnival Lenggong 2019 sempena sambutan ulang tahun pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai tapak Warisan Dunia Unesco.

Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing berkata, program ini diadakan setiap tahun sempena Ulang Tahun Pengiktirafan Lembah Lenggong Tapak Warisan Dunia Unesco yang telah diperoleh oleh Malaysia.

“Kita sudah menerima pengiktirafan itu sejak 30 Jun 2012 di St. Petersburg, Rusia dan tahun ini merupakan tahun ke-7 kita meraikan pengiktirafan ini.

“Bagi meraikannya, Karnival Lenggong 2019 akan dilaksanakan pada 12-13 Julai (Jumaat-Sabtu) dan pada hari Jumaat akan berlangsung aktiviti jualan produk-produk Industri, Kecil dan Sederhana yang akan bermula pada jam 4.00 petang sehingga 11.00 malam.

“Pada hari Sabtu pula, program akan berlangsung sepenuhnya bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 11.00 malam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Karnival Lenggong 2019 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Ujarnya lagi, antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah merangkumi pameran jabatan kerajaan, swasta dan badan berkanun serta pameran produk IKS.

“Selain itu kita juga akan mengadakan aktiviti Tunas Arkeologi, Program Jom Kayuh Warisan Lenggong, Program Kembara Warisan Arkeologi Lembah Lenggong, Forum Warisan, Persembahan Kebudayaan dan juga persembahan daripada artis jemputan antaranya Aris Ariwatan dan ramai lagi.

“Bagi majlis perasmian, ia akan dirasmikan oleh Menteri Perlancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Mohamaddin Ketapi.

“Kehadiran dianggarkan seramai 2,000 orang dan seluruh rakyat Perak dijemput hadir bagi memeriahkan karnival tersebut kerana banyak manfaat akan dapat dipelajari pada hari tersebut disamping kita sendiri dapat melihat keunikan negeri kita yang diiktiraf oleh dunia,” katanya.

Pada perkembangan sama, Lembah Lenggong merupakan bukti kewujudan aktiviti masyarakat prasejarah yang tertuta di dunia, di luar Afrika dan mempunyai kesinambungan kebudayaan yang terpanjang sehingga 1.83 juta tahun dalam satu lokaliti.

Lembah Lenggong juga merupakan tapak terbuka bengkel pembuatan alat batu tidak terganggu (in-situ) dan di sini jugalah terjumpanya rangka manusia prasejarah yang penting iaitu Perak-Man.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");