Perak Hari Ini

Kempen Anda Bijak, Bandar Meru Raya Bebas Sampah dan Selamat, Pupuk Kesedaran Masyarakat

IPOH – Kelab Usahawan Bandar Meru Raya melancarkan kempen ‘Anda Bijak, Bandar Meru Raya Bebas Sampah dan Selamat’ iaitu satu usaha dalam memupuk kesedaran tentang aspek kebersihan dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Pengerusi Kelab Usahawan Bandar Meru Raya, Nizam Baharudin berkata, penganjuran kempen itu tercetus selepas melihat longgokan dan taburan sampah-sarap kesan pembuangan segelintir peniaga, penduduk dan pengunjung yang tidak bertanggungjawab.

Nizam Baharudin

“Jika masalah ini tidak diatasi dengan segera kami bimbang Bandar Meru Raya bukan sahaja akan berdepan pemandangan yang menyakitkan mata malah terdedah pada pencemaran bau.

“Impaknya, akan menjejaskan imej bandar ini termasuk nama negeri Perak yang kerap menerima kunjungan pelancong asing dan pengunjung tempatan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Kempen yang menampilkan tagline Sampah Tempatnya di Tong Sampah: Orang Yang Bijak Gunakan Otak, Bukannya Kotak itu juga bertujuan memastikan Bandar Meru Raya sentiasa berada dalam keadaan baik khususnya dari segi keselamatan dan kebersihan.

Dalam pada itu, Nizam memberitahu, kempen terbabit juga ingin mendidik orang awam supaya mempunyai sifat tanggungjawab dan prihatin untuk membuang sampah di tempat yang sepatutnya.

“Sesiapa yang didapati membuang sampah di merata-rata tempat sepanjang kempen dijalankan, ahli Kelab Usahawan Bandar Meru Raya tidak teragak-agak mengambil gambar mereka dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” tegasnya.

Menurut Nizam, Kelab Usahawan Bandar Meru Raya amat berbesar hati apabila kempen berkenaan turut mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) , Balai Polis Jelapang dan Balai Bomba Meru Raya.

“Bagi kempen ini kami bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Ipoh yang disokong penuh oleh Tuan Khair Faizal (Ahli Majlis), Tuan Rashidi Othman, Ketua Balai Polis Jelapang dan Tuan Sharudi, Ketua Balai Bomba Meru Raya.

“Dalam memastikan matlamat kempen tercapai kami akan mengantung 15 keping kain rentang dan 60 bunting di sekitar Bandar Meru Raya yang mana merupakan bahan promosi kempen merupakan tajaan Ahli-ahli Kelab (pemilik premis) , Ahli Majlis dan Yang Berhormat,” jelasnya lanjut.

Katanya, pihak kelab berharap agar kempen berkenaan dapat membantu memberi kesedaran kepada masyarakat dari semasa ke semasa serta pihak MBI dapat menambah bilangan tong sampah yang sepatutnya cukup di berkenaan yang kian padat ini.

Kempen itu dijangka berlangsung selama sebulan bermula pada 1 hingga 31 Julai depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");