Berita Hari Ini

Keputusan Rayuan Ke Universiti Awam Diumumkan Esok

PUTRAJAYA: Keputusan permohonan rayuan UPUOnline untuk kemasukan ke Program Pengajian Asasi dan Diploma ke universiti awam (UA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan esok.

Hebahan keputusan itu bermula jam 12 tengah hari sehingga jam 11.59 malam 2 Julai melalui aplikasi mobile di UPUPocket2.0 dan beberapa laman iaitu http://jpt.umt.edu.my; http://jpt.ums.edu.my; https://jpt.unimas.my;https://jpt.utm.my; dan

http://jpt.uum.edu.my.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan semakan status permohonan rayuan juga boleh didapati melalui perkhidmatan penghantaran SMS ke 15888 dengan menaip UPU RESULT diikuti nombor kad pengenalan.

Seramai 24,683 pemohon lepasan SPM mengemukakan permohonan rayuan UPUOnline ke UA.

Permohonan rayuan UPUOnline sesi akademik 2019/2020 itu diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKPJPT) dan dibuka pada 5-10 Mei lalu.

Menurut kenyataan itu, dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat selepas tempoh pendaftaran pelajar baharu mengikut program pengajian di UA.

“Surat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak UA dan semua calon berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Kementerian Pendidikan berkata tiada lagi rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline selepas tarikh hebahan keputusan permohonan rayuan diumumkan.

“Tawaran tempat adalah muktamad serta sebarang permohonan pertukaran adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Kaunter khidmat runding BPKPJPT untuk cara permohonan kemasukan UA, politeknik, kolej komuniti, dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dibuka di Kementerian Pendidikan, No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Putrajaya mulai esok bermula jam 8.30 pagi hingga 4 petang (waktu dan hari bekerja sahaja) sehingga 2 Julai bagi memudahkan pemohon membuat semakan keputusan permohonan rayuan dan mendapatkan khidmat runding cara.

Kemudahan hotline BPKPJPT 03-88708200 turut disediakan pada waktu dan hari bekerja sahaja untuk membantu menjawab sebarang kemusykilan pemohon. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");