Berita Hari Ini

Kerajaan Akan Tempatkan Stesen Pemantau Bahan Cemar

PASIR GUDANG: Kerajaan akan menempatkan stesen pemantau bahan cemar udara secara tetap di sini, bagi melaksanakan pemantauan berterusan di kawasan padat dengan industri itu.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin, berkata disebabkan Pasir Gudang memiliki lebih 2,000 kilang dan 250 premis menggunakan bahan kimia, stesen pemantau bahan cemar udara secara tetap itu akan diwujudkan.

Katanya, bagaimanapun reka bentuk dan jumlah stesen yang akan ditempatkan di Pasir Gudang akan diputuskan jawatankuasa khas nanti.

“Pasir Gudang adalah tempat yang padat, banyak kilang berisiko tinggi jadi stesen pemantauan bahan tercemar berterusan dapat kesan pencemaran secepat mungkin dengan lebih proaktif.

“Kedua yang dibincangkan di peringkat Kabinet ialah membina zon penampan kerana kalau kita lihat ada kawasan kilang berbahaya dan sekolah sangat hampir, ini mendatangkan bahaya,” katanya pada sidang media di Menara Aqabah di sini, hari ini.

Bee Yin, berkata kesulitan untuk mencari punca adalah disebabkan kesukaran menemui kandungan sebatian kimia dalam sampel darah dan air kencing mangsa.

“Kita tidak dapat kesan (punca), berbeza kes Sungai Kim Kim di mana kita kesan sianida yang kemudian bersangkutan dengan sumber di sungai.

“Jabatan Kimia akan terus mengenal pasti punca atau bahan kimia yang mencemari sehingga menyebabkan gangguan kesihatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan, dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar, berkata sehingga jam 12 tengah hari tadi, tiada pesakit baharu dimasukkan ke wad.

“Jawatankuasa Teknikal dan Saintifik juga mencadangkan untuk mewujudkan sistem ramalan penyebaran bahan kimia yang mana ia akan menjadi rujukan piawaian bagi setiap bahan cemar yang terdapat di Pasir Gudang adalah dalam keadaan bacaan normal bagi persekitaran kawasan ini,” katanya.- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");