Perak Hari Ini

Kerajaan Fokus Cegah Salah Guna Dadah- Wong May Ing

IPOH: Bersempena dengan Hari Anti Dadah Sedunia yang bakal disambut pada 26 Jun, Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan beberapa NGO akan mengadakan Jelajah Anti Dadah peringkat sekolah di daerah Manjung, Taiping dan Ipoh.

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Wong May Ing berkata, isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda masih menjadi masalah sosial utama yang dihadapi oleh kerajaan negeri.

“Tahun ini, kerajaan akan memberikan tumpuan utama dalam aspek pencegahan “prevention is better than cure” dan oleh itu kerajaan negeri melalui Bajet 2019 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 750,000 bagi menyokong program-program antidadah untuk dilaksanakan oleh agensi kerajaan, NGO serta komuniti setempat.

“Pihak kerajaan sedar bahawa pencegahan penyalahgunaan dadah merupakan tanggungjawab komuniti bersama jadi kita bersedia untuk memperkembangkan hubungan kerjasama dalam kalangan NGO dan AADK tempatan di samping melangkah ke arah pembangunan modal insan yang produktif dan cemerlang,”katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media Kempen Anti Dadah 2019 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Ujarnya lagi, Jelajah Anti Dadah tersebut akan bermula pada 19 Jun hingga 28 Jun dimana sebanyak 18 buah sekolah akan terlibat.

“Antara sekolah yang terlibat adalah SJKC Panchor, Pantai Remis, SJKC Sungai Kerang, Trong, SJKC Hua Lian 1 dan 2, Taiping, SJKC Pokok Assam, Taiping, SMJK Perempuan Perak, Ipoh, SMJK Sam Tet dan banyak lagi.

“Kita akan memulakan jelajah di 18 sekolah yang terdiri daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dahulu, kerana persembahan sepanjang program jelajah ini sebagai contoh tarian dan drama akan dilakukan dalam bahasa mandarin dan selepas itu kita mungkin akan melakukan hal yang sama bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK),” katanya lagi.

Pada perkembangan sama, beliau juga berkata, Hotline AADK telah diwujudkan sebagai salah satu usaha dalam menyahut seruan Perdana Menteri yang mahukan Agensi mewujudkan perkhidmatan yang cemerlang dan cekap bagi kumpulan sasar masing masing.

Orang ramai diminta menjadi mata dan telinga kepada AADK dalam menyalurkan maklumat mengenai aktivit penyalahgunaan dadah dengan menghubungi talian 03-89112233 atau 019-6262233.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");