Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Anjur Seminar Buat Usahawan Tempatan Pada 6 Julai Ini

IPOH- ‘Perak Tourism Business Oppoturnities Seminar’ merupakan salah satu usaha kerajaan negeri Perak bagi merancakkan lagi bidang keusahawanan pelancongan ke atas negeri ini serta usahawan dan masyarakat tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing berkata, sebenarnya dalam kalangan usahawan serta masyarakat, begitu ramai yang berminat menceburkan diri dalam bidang ini namun mereka kekurangan pengetahuan, dana serta kepakaran.

“Seminar yang dilaksanakan ini melibatkan agensi kerajaan persekutuan dan negeri bertujuan untuk menyalurkan bantuan dari segi penyampaian maklumat kepada mereka yang sedang menjalankan perniagaan dalam bidang berkenaan atau yang berminat untuk menceburkan dirj dalam bidang berkenaan.

“Kerajaan negeri melihat ramai diantara pemain industri yang berada di pasaran di negeri ini tidak tahu atau kurang pengetahuan dalam menjalankan perniagaan,” katanya dalam satu sidang media di Bagunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Menurut Kar Hing, seminar berkenaan akan berlangsung pada 6 Julai yang bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 2.30 bertempat di Syen Hotel, Ipoh yang mana merupakan inisiatif kerajaan negeri, Tourism Perak serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

“Terdapat beberapa agensi yang akan terlibat dalam penyampaian maklumat antaranya MOTAC, TEKUN, MDeC, Yayasan Perak, SME Bank, MITA dan Tourism Perak yang mana akan memberikan taklimat dari segi pemberian insentif, pinjaman, bantuan teknikal iaitu mengenai pendaftaran dan sebagainya.

“Setiap agensi akan diberikan masa untuk menyampaikan taklimat malahan pemain industri ini boleh mendapatkan maklumat dari booth yang akan dibuka pada hari yang sama.

“Penyampaian maklumat pula tidak kira sama ada dari segi sektor penginapan, industri makanan dan minuman (F&B), kraftangan ataupun dari segi pengangkutan,” katanya.
Selain itu katanya, bukan pemain industri sahaja yang dijemput, malahan para pelajar yang belajar dalam bidang berkaitan seperti hospitaliti, pelancongan serta F&B.

“Pihak kerajaan negeri juga ingin menjemput orang ramai bagi mengikuti program berkenaan kerana program berkenaan turut sama menjadi pusat sehenti maklumat dimana model yang sama turut akan digunapakai di daerah-daerah lain.

“Kerajaan negeri juga sedia makluma bahawa terdapat banyak kemudahan di negeri ini, namun platfom yang harus digunakan masih belum diketahui oleh masyarakat umum.

“Harapan terhadap program ini berkenaan adalah dapat dijadikan sebagai salah satu karnival yang akan memberikan banyak maklumat malahan akan lebih mendalam,” katanya.

Kataya, beliau mensasarkan seramai 500 orang untuk hadir semasa program berkenaan kerana setiap agensi yang disenaraikan telah bersedia khususnya dalam penyediaan kemudahan untuk diberikan kepada masyarakat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");