Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Komited Bela Nasib Masyarakat Asli

TAPAH: Kerajaan Negeri Perak sentiasa komited untuk membela nasib semua kaum termasuk golongan minoriti seperti masyarakat orang asli.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, untuk mengekalkan nikmat keamananan, kita perlu memastikan tidak ada satu kaum pun yang terpinggir dari pembangunan dan agihan kekayaan negara ini.

“Atas prinsip itu, selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak setahun yang lalu, saya telah mengarahkan semua badan berkanun negeri atau GLC negeri untuk menggerakkan program kampung angkat di kalangan komuniti Orang Asal di Perak dengan kerjasama pihak JAKOA.

“Melalui program tersebut, semua GLC akan turun padang untuk bersama-sama dengan masyarakat Orang Asli untuk membangunkan ekonomi, pendidikan dan taraf hidup mereka.

“Ini merupakan program jangka masa panjang dan kita bukan hanya turun waktu dekat-dekat pilihan raya untuk memancing undi daripada masyarakat orang asli,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Penduduk Orang Asli di Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Batang Padang, hari ini.

Ujar Ahmad Faizal lagi, ini merupakan cara kerajaan baru dimana kami mahu membantu mereka supaya mampu bersaing dalam pendidikan, pekerjaan dan ekonomi serta berjaya macam kaum-kaum lain di pekan-pekan dan bandar-bandar.

“Kita percaya pada potensi mereka dan mereka pun wajar diberikan pendidikan terbaik sehingga ke menara gading sehingga mampu membantu keluarga.

“Kalau kita bantu mereka dengan cara yang betul dan berterusan, masyarakat mereka juga mampu berjaya dalam hidup,” katanya lagi.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial, Waytha Moorthy.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");