Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Nafi Luluskan Pemilikan Tanah Di Lapangan Terbang Taiping- MB

IPOH- Kerajaan negeri menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah meluluskan sebarang pemilikan Tanah di Lapangan Terbang Tekah, Taiping kepada mana-mana pihak.

Tegas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, kerajaan negeri telah menyerahkan semula tanah yang pernah diluluskan kepada Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) pada Mei yang lalu.

“Dalam perbincangan semasa mesyuarat Exco sebentar tadi, telah dicadangkan agar pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk segera mewartakan kawasan Aerodrom Tekah Taiping sebagai tapak warisan negeri Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa Majlis Penyerahan Peruntukan Kepada Sekolah Separuh Bantuan Kerajaan Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Namun begitu katanya, beliau bersetuju dengan tindakan pihak yang mengadakan demonstrasi kerana menurutnya tapak berkanaan perlu dijaga.

“Namun, sebelum sebarang tindakan diambil, pastikan mereka memeriksa dahulu apakah dakwaan tersebut benar bahawa lapangan terbang tersebut diluluskan oleh kerajaan kepada pihak lain.

“Diharap mereka juga dapat bersama-sama untuk membantu menjaga tapak berkaan kerana berikut merupakan tapak warisan.

Tegas Ahmad Faizal, sama ada kerajaan BN ataupun PH, tidak pernah sama sekali meluluskan tapak berkenaan kepada mana-mana pihak.

Sebaliknya jelas beliau, sebahagian kawasan tersebut pernah diluluskan kepada pihak MB Inc dan ia telah pun diserahkan semula kepada kerajaan negeri.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengulas mengenai status tanah di Taman Tasik Taiping dimana pihak kerajaan negeri telah mendapat banyak desakan daripada Pemuda Dap, ahli majlis kerajaan negeri, Pemuda Amanah serta Pemuda Armada untuk mewartakan keseluruhan Taman Tasik Taiping merangkumi kawasan Bukit Larut.

“Kerajaan negeri telah memikirkan perkara ini dan ianya amat menarik sekali dimana kawasan tersebut dapat dinaiktaraf sebagai Taman Tasik Diraja Taiping.

“Perkara ini tidak perlu dibincangkan lagi malahan kerana perkara ini selari dengan kebanggaan seluruh rakyat di negeri Perak apabila Taiping telah dinobatkan sebagai bandar ketiga terbaik dunia.

“Jadi kerajaan negeri harus memperhalusi cadangan berkenaan dan perlu disembah maklum kebawah duli Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Taman Tasik Diraja Taiping merangkumi Bukit Larut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");