Sukan Hari Ini

Klopp, Liverpool ‘Pasangan Ideal’

LONDON: Jurgen Klopp ‘sempurna’ untuk Liverpool dan pengurus itu sudah merancang untuk menghadiahkan satu lagi trofi untuk Reds, kata bekas jurulatih Jerman, Jurgen Klinsmann.

Klopp menjulang trofi pertamanya bersama Liverpool selepas menewaskan Tottenham 2-0 di final Liga Juara-Juara dekat Madrid, Sepanyol, minggu lalu.

Walaupun pernah menyarung jersi Spurs, Klinsmann merasakan bekas pengurus Borussia Dortmund itu cukup sesuai di Anfield dan berharap rakan senegaranya itu terus melakar kejayaan.

“Kamu sentiasa mahu mengucapkan yang terbaik kepadanya. Beliau memberikan begitu banyak tenaga di sana, begitu banyak usaha dan kerja keras, dari setiap sudut permainan,” kata Klinsmann.

“Cara beliau memenangi hati peminat di Liverpool dan cara beliau menjadi salah seorang daripada mereka, ia memang layak dan kejayaan itu bermakna beliau sekarang amat istimewa.

“Klopp cukup sempurna untuk Liverpool kerana latar belakangnya yang amat merendah diri. Latar belakangnya ialah kolar biru, kerja keras, mereka hidup dan mati untuk kelab dan kerana  itu, keseluruhan kehidupannya sentiasa amat, amat rapat dengan orang yang hampir dengannya, kejiranannya.”

Klinsmann turut percaya Klopp sudah merancang memberikan lebih banyak kejayaan kepada Reds selepas mara ke final Liga Juara-Juara buat kali kedua berturut-turut musim ini.

Trofi Liga Juara-Juara dianggap hadiah sempurna untuk Liverpool yang mengumpul 97 mata di Liga Perdana musim ini tetapi tetap menamatkan saingan di tangga kedua di belakang juara, Manchester City. – AGENSI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");