Membawang Hari Ini

Kongsi Foto Hari Raya, Baju Izreen Azminda Dikecam Teruk

Sejak mendirikan rumah tangga, jarang sekali kita melihat Izreen Azminda muncul di kaca televisyen. Jika tahun lalu, Izreen menyambut hari raya bersama suami tercinta, Syawal kali ini lebih bermakna buat Izreen yang kini sedang hamil lapan bulan.

Setiap kali hari raya, tak lengkap rasanya jika tidak berkongsikan foto bersama yang tersayang. Izreen juga tidak ketinggalan memuat naik foto bersama suaminya, Ude Wahid berpakaian warna biru sedondon di hari raya.

Bagaimanapun, foto yang dikongsikan itu mengundang kecaman netizen yang berpendapat pakaian yang digayakan oleh pelakon itu tidak sesuai untuk wanita hamil dan terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badannya.

Bagaimanapun, mungkin sudah masak dengan perangai netizen, Izreen tidak mengendahkan segala kritikan dilemparkan terhadapnya dan sehingga kini Izreen masih lagi menutup ruangan komen.

Apa pun diharap diharap selepas ini lebih berhati-hati dalam menggayakan sesuatu pakaian bimbang ia akan menjadi bahan kecaman netizen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");