Membawang Hari Ini

‘Kurang Berlakon Tak Bermakna Hidup Susah’

KUALA LUMPUR: Semakin jarang dilihat beraksi di kaca televisyen, Intan Ladyana menjelaskan, dia kini lebih selesa menjayakan naskhah bersesuaian dengan dirinya.

Akui bintang filem Hantu Bungkus Ikat Tepi itu juga, biarpun tidak lagi kerap muncul dalam drama mahupun filem terkini, dia masih mampu menampung keperluan diri.

“Saya masih menjalani kehidupan seperti biasa dan tidaklah sampai susah apabila tak aktif di layar kaca. Malah, saya masih diundang menghadiri pelbagai majlis atau acara.

“Waktu yang terluang itu pula boleh dimanfaatkan untuk memperbaiki mutu lakonan bagi produk pada masa hadapan.

“Saya sebenarnya tidaklah bersikap terlalu memilih karya. Cuma, memang sejak dahulu saya tidak mengambil terlalu banyak tawaran pada satu masa. Lagipun, saya mengimpikan watak atau karakter yang belum pernah dijayakan sebelum ini,” katanya kepada BH Online.

Ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Media Prima Berhad di Hotel Hilton, di sini, pelakon berusia 37 tahun itu berkata, dia masih berada di bawah syarikat MIG dan selesa menyerahkan segala urusan kerjaya seninya kepada pihak terbabit.

Diajak bercerita soal hati, Intan yang muncul dengan telefilem Anak Syurga siaran TV3, baru-baru ini, memilih untuk tidak berbicara panjang mengenai perkara berkenaan.

“Ada atau tidak (kekasih), biarlah masa yang menentukan.

“Apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan membuka mulut berkongsi kepada umum mengenai perkara ini,” ujar Intan ringkas.

Sebelum ini, pelakon yang dilahirkan dengan nama Intan Nurladyana Mohamat Yahaya itu pernah dikaitkan dengan selebriti kecergasan, Kevin Zahri, dan pelakon, Kamal Adli.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");