Berita Hari Ini

Laporan: India Teruskan Usaha Ekstradisi Zakir Naik

India akan meneruskan usaha untuk ekstradisi pendakwah kontroversi Zakir Naik dengan Malaysia, kata Kementerian Luar negara itu.

“India mempunyai urusan ekstradisi dengan banyak negara. Pada maa lalu, ada banyak contoh ekstradisi yang berjaya.

“Keadilan sistem kehakiman India tidak pernah dipersoalkan,” kata jurucakap kementerian itu Raveesh Kumar seperti dipetik Hindustan Times semalam.

Menurut laporan akhbar India itu lagi, Raveesh berkata kerajaan negara itu telah membuat permohonan rasmi untuk ekstradisi Zakir dan akan meneruskan usaha itu dengan Malaysia.

Pada 10 Jun lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia akan memastikan Zakir mendapat perbicaraan yang adil terlebih dahulu sebelum menerima permohonan ekstradisi dari India.

Direktorat Penguatkuasaan India (ED) dijangka akan mendapatkan waran tangkap terhadap Zakir serta individu lain dalam perbicaraan yang sedan didengar di mahkamah Mumbai di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2002.

Mahkamah Mumbai akan memutuskan sama ada waran tangkap tanpa jaminan perlu dikeluarkan terhadap Zakir untuk pendengaran akan datang, yang dijadual pada 19 Jun ini.

Selain itu, ED juga akan memohon notis merah Interpol terhadap pendakwah warga India itu.

Zakir sebelum ini mendakwa dakwaan terhadapnya adalah palsu dan kini berstatus penduduk tetap Malaysia memetik MKini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");