Sukan Hari Ini
Like

‘Liverpool Jangan Bazir Duit Beli Coutinho’

June 24, 2019
346 Views
0 Comments
2 minutes read
‘Liverpool Jangan Bazir Duit Beli Coutinho’

LONDON: Liverpool dinasihatkan supaya tidak ‘merosakkan bajet perpindahan’ kelab dengan menandatangani semula Philippe Coutinho dari Barcelona, kata bekas penyerangnya John Aldridge.

Selepas meninggalkan Anfield pada Januari 2018, Coutinho dikhabarkan mungkin membuat kepulangan semula Liga Perdana selepas bergelut untuk mencetus impak di Nou Camp.

Sejurus menjulang gelaran keenam Eropah musim lalu, Liverpool dikatakan perlu meningkatkan kreativiti di bahagian tengah dengan pemain kebangsaan Brazil itu dianggap antara pilihan yang logik tetapi Aldridge tidak begitu yakin dengan pendapat itu.

“Coutinho meninggalkan Reds dengan cara yang kurang elok kerana dia memaksa kelab supaya mengeluarkannya ketika dia masih pemain yang hebat,” kata Aldridge, lapor BH Online.

“Saya tidak fikir Liverpool perlu merosakkan bajet perpindahan dengan membawanya pulang. Tiada sesiapapun daripada kita lupa yang Coutinho meletakkan Liverpool dalam situasi sukar apabila dia keluar pada pertengahan musim.

“Jadi kita tidak boleh memberikan dia jalan yang mudah untuk kembali bermain dengan juara Eropah. Kita semua mempercayai apa saja keputusan yang (Jurgen) Klopp buat, tetapi saya fikir meningkatkan pilihan berkualiti di bahagian serangan adalah cara untuk meningkat musim panas ini.”

Selepas menyatakan Coutinho bukan jalan penyelesaian, Aldridge mencadangkan Liverpool supaya cuba mendapatkan penyerang Crystal Palace, Wilfried Zaha.

“Saya fikir Wilfried Zaha adalah salah seorang pemain yang dia (Klopp) patut cuba dapatkan,” kata Aldridge.

“Selepas Daniel Sturridge meninggalkan kelab dan beban terhadap gajinya juga berkurangan, ia membuka peluang untuk Klopp mendapatkan penjaring gol berkualiti dan boleh menawarkan sesuatu yang berbeza jika salah seorang daripada tiga pemain di bahagian depan mengalami kecederaan atau mengalami kejatuhan prestasi.

“Zaha memberikan Liverpool banyak masalah sejak beberapa tahun lalu dan kebolehan Klopp untuk mengubah pemain berbakat kepada sentiasa menampilkan aksi konsisten menjadikan pemain sepertinya dialu-alukan di Anfield.”

Komen & Pendapat

Comments are closed.