Berita Hari Ini

Lokman Ditahan Lepas ‘Maki Hamun’ Polis

Polis menahan anggota Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam beberapa jam selepas memberi keterangan berhubung klip video seks sejenis yang didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata Lokman ditahan di rumahnya di Kajang kira-kira jam 6.45 petang tadi.

Menurutnya pemimpin Umno itu disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan mengeluarkan kata-kata kesat.

“Semasa siasatan dijalankan pihak polis telah mengarahkan Dato Lokman untuk menyerahkan telefon bimbit untuk diperiksa namun beliau enggan memberikan kerjasama dan telah menjerit memaki hamun pegawai polis yang sedang menjalankan tugasnya,” kata Fadzil

Turut ditahan ialah bekas anggota parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan yang kini merupakan ahli MIC.

Terdahulu Lokman hari ini dipanggil ke JSJ Bukit Aman berhubung kes video semburit membabitkan seorang lelaki yang didakwa mirip Azmin Ali.

“Saya buat laporan polis ke atas orang yang menyebarkan video lucah dan melakukan aksi video lucah.

“Hari ni saya bagi keterangan kepada pegawai Jabatan Jenayah Terkhas Bukit Aman, mereka nak rampas kedua-dua telefon bimbit saya dan geledah rumah saya.

“Betul-betul law of the jungle (undang-undang rimba),” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Lokman antara pemimpin terawal mengeluarkan kenyataan mengenai video itu dan membuat laporan polis.

Pada awal pagi Selasa lalu, beberapa klip video yang memaparkan dua lelaki melakukan hubungan sejenis dihantar kepada wartawan dan penyokong PKR.

Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mendakwa dia merupakan salah seorang individu di atas katil dalam klip video berkenaan.

Sementara Azmin menafikan sebarang penglibatan dalam skandal itu.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");