Sukan Hari Ini

Lorenzo Retak Tulang Belakang

ASSEN, Belanda: Juara dunia tiga kali MotoGP Jorge Lorenzo bakal terlepas Grand Prix Belanda esok dan perlumbaan seterusnya di Jerman selepas tulang belakangnya retak susulan kemalangan pada sesi latihan di Assen semalam.

Lorenzo terbabas di selekoh tujuh litar ‘Cathedral of Speed’, berpusing empat kali di atas kawasan kerikil.

Dua orang doktor segera membantunya berjalan keluar dari litar dan kemudian dibawa ke hospital menaiki ambulan.

“Dukacitanya @lorenzo99 diisytiharkan tidak cergas untuk saingan #GPBelanda,” kata pasukan Honda di laman Twitter.

Pelumba 32 tahun itu dijangka akan memakai pendakap belakang untuk tempoh beberapa minggu. Dia juga bakal terlepas aksi terakhir MotoGP sebelum rehat musim panas di Sachsenring hujung minggu depan, dan dijangka kembali di Brno pada pertengahan Ogos.

“Akibat kemalangan itu tulang belakang saya retak di T6 dan T8,” kata Lorenzo.

“Kecederaan ini menghalang saya daripada berlumba di Assen atau Sachsenring. Saya akan terbang ke Lugano dan menjalani rawatan untuk persediaan ke Brno.” – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");