Sukan Hari Ini

Lupakan Messi, Van Dijk Wajar Julang Ballon d’Or – Koeman

VIRGIL van Dijk berhak mengatasi Lionel Messi dalam persaingan merebut gelaran Ballon d’Or, menurut pengendali Belanda, Ronald Koeman.

Pertahanan Belanda, Van Dijk, membawa Liverpool merangkul gelaran Liga Juara-Juara (UCL) musim ini, selepas mempamerkan aksi cemerlang meraih kemenangan ke atas Tottenham 2-0 di Madrid.

Memetik laporan Stadium Astro, Koeman berasakan bekas pertahanan Celtic dan Southampton itu harus diberikan penghormatan di atas peranannya dengan meraih Ballon d’Or tahun ini.

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo mendominasi gelaran tersebut sejak sedekad yang lalu tetapi Luka Modric mengakhiri duopoli itu ketika membantu Croatia melangkah ke final Piala Dunia.

Koeman berkata Van Dijk merupakan pengganti yang layak sebagai pemegang Ballon d’Or, walaupun dia tidak dinilai dia sebagai pemain terbaik dunia.

“Dia berhak memenangi Ballon d’Or,” kata Koeman.

“Ia selalunya diberikan kepada pemain-pemain yang mencetak atau mencipta jaringan penting, tetapi mungkin sudah masa diberikan kepada pemain pertahanan.

“Pada pendapat saya, Messi adalah pemain terbaik,” kata Koeman. “Saya saya juga berasakan anda perlu memenangi gelaran utama untuk bersaing merebut Ballon d’Or.

Van Dijk menolak peluangnya meraih gelaran tersebut selepas berdepan Tottenham dengan berkata Messi “berhak memenangi selagi bergelar pemain.

Messi membantu Barcelona menjuarai LaLiga musim ini, tetapi The Catalans tewas dalam aksi final Copa del Rey kepada Valencia dan tersingkir daripada UCL kepada Liverpool apabila tewas 4-3 secara agregat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");