Perak Hari Ini

MAIPk Bantu Asnaf Melalui Bidang Salon Dan Spa Muslimah

IPOH- Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAIPk) bersama MCMC Pusat Internet Tambun serta Salon Humaira telah menyediakan kursus bagi memperkasakan ekonomi asnaf melalui bidang salon dan spa Muslimah.

Isteri Menteri Besar, Datin Seri Nomee Ashikin Mohammed Radzi berkata, inisiatif program sedemikian mampu memperkasakan ekonomi golongan asnaf yang telah dikenalpasti melalui bidang berkenaan.

“Mereka yang datang ke sini telah diberikan peluang untuk mengikuti kursus selama dua bulan malah diberikan geran untuk memulakan perniagaan sebanyak RM5,000 dari segi peralatan kepada setiap seorang.

“Pemilihan pusat internet bertujuan untuk menjadi pemangkin bagi mereka untuk memasarkan peniagaan masing-masing malah peserta akan menjadi ahli pusat internet seumur hidup di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf Melalui Bidang Salon dan Spa Muslimah di Ulu Kinta, Hari Ini.

Menurut beliau, seramai 20 orang peserta yang berada dalam lingkungan 19 hingga 50 tahun telah terpilih dimana melibatkan peserta dari seluruh negeri Perak

“Program ini merupakan program yang julung kali diadakan pada tahun ini dimana ianya telah bermula sejak tahun 2014 dan di negeri Perak ini kursus telah dijalankan sejak 22 April yang lalu,” katanya.

Katanya, beliau berharap agar program sebegitu dapat diperluaskan dan boleh dibuat dengan kerap kerana katanya, jkalau dana yang diberikan lebih besar, maka akan dibuka kepada lebih ramai peserta pada masa akan datang.

Dalam pada itu, tambah Pengarah Humairah Salon, Harisun Kassim, pemantauan terhadap para peserta akan dilakukan sehingga bulan November bagi memastikan peserta akan sentiasa aktif dan bersedia untuk menjadi usahawan.

“Mereka turut diberikan mentor untuk memastikan perniagaan yang akan dijalankan dapat dikekalkan,” katanya.

MAIPk telah memilih Humairah Muslimah Salon dan Spa sebagai rakan kongsi dalam memperkasakan ekonomi para asnaf malahan para peserta yang mengikuti kursus akan mendapatkan pembelajaran secara berterusan menerusi kesemua 66 buah pusat khidmat internet yang terdapat di negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");