Berita Hari Ini

Malaysia Terus Sokong Laut China Selatan Yang Mampan

KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus menyokong dan mengukuhkan penyelidikan maritim dan oseanografi untuk Laut China Selatan yang mampan kerana banyak negara yang berkongsi lautan itu bergantung kepada sumber semulajadinya yang hidup dan bukan hidup untuk makanan, perdagangan, pengangkutan, pelancongan dan keselamatan.

“Malangnya, Laut China Selatan menghadapi pelbagai ancaman dari perubahan iklim, pencemaran, eksploitasi ke atas sumber dayanya, termasuk pengubahsuaian persekitaran laut dan alam semula jadi,” kata Timbalan Ketua Setiausaha (Sains, Teknologi dan Inovasi) Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc) Dr Mohd Nor Azman Hassan pada Persidangan Laut China Selatan Ketiga 2019 di sini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Setiausaha Bahagian Industri Mestecc Norsham Abdul Latip.

Oleh itu, katanya Mestecc akan memainkan peranannya dalam memastikan kelestarian alam sekitar yang bebas pencemaran dan tahan terhadap ancaman perubahan iklim.

Beliau juga menambah bahawa ke arah ekonomi biru, adalah penting juga pembangunan ekonomi yang mampan seimbang dengan pemuliharaan dan melindungi sumber dan alam sekitar marin.

Persidangan empat hari itu menyatukan pihak berkepentingan laut dari pelbagai sektor dan berfungsi sebagai platform untuk pertukaran maklumat mengenai aktiviti penyelidikan di Laut China Selatan.

Sementara itu, di luar persidangan, Felo Penyelidik Kanan Institut Lautan dan Sains Bumi (IOES) Datuk Prof Dr Azizan Abu Samah berkata Laut China Selatan terutama Selat Melaka adalah selat kedua tersibuk di dunia.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa kawasan tersebut secara geografi duduk di laluan pengangkutan dan biodiversiti yang paling penting.

“Selat Melaka menerima kira-kira 200 kapal sehari sebagai transit pemindahan.

Oleh itu, kita mesti menghargai pentingnya Selat Melaka dan Laut China Selatan kepada ekonomi kita dan kesejahteraan keselamatan (makanan) dan meletakkannya dalam agenda yang lebih tinggi dari segi dasar kita,” katanya kepada pemberita.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");