Sukan Hari Ini

Mara Final Piala FA, pasukan Perak Dapat Bonus RM150,000

IPOH: Kerajaan negeri mengumumkan bonus berjumlah RM150,000 kepada pasukan bola sepak negeri itu kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA 2019.

Sambil mengucapkan terima kasih dan rasa bangga terhadap skuad ‘The Bos Gaurus’, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pihak pengurusan diberikan mandat untuk mengagihkan bonus itu kepada semua yang terlibat lapor Astro Awani.

“Sekiranya skuad ‘The Bos Gaurus’ mampu untuk menjulang Piala FA, InsyaAllah akan ada lagi bonus yang menanti mereka selepas ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau.

Terdahulu, Ahmad Faizal yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menerima kunjungan pemain dan pengurusan ‘The Bos Gaurus’ di kediaman rasmi menteri besar di sini kira-kira pukul 1.15 pagi tadi.

Perak mengesahkan tempat ke final Piala FA 2019 dengan agregat 4-3 ke atas Pahang setelah menundukkan skuad Tok Gajah itu 3-0 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Perak, di sini, malam tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");