Membawang Hari Ini

Mark Teruja Hasrat Gembirakan Ibu Bakal Terlaksana

KUALA LUMPUR: Menyimpan impian untuk menggembirakan ratu hatinya sejak dahulu, penyanyi, Mark Adam, bersyukur kerana hasratnya bakal terlaksana, tahun ini.

Bagaimanapun, Mark yang turut dikenali dalam dunia lakonan dan komedi memilih untuk tidak berkongsi butir lanjut mengenai perkara itu bagi memastikan hasratnya berjaya direalisasikan terlebih dahulu.

“Sudah lama sebenarnya saya berhasrat untuk melakukan sesuatu untuk ibu yang berada di kampung halaman. Cuma, sejak akhir-akhir ini rezeki menyebelahi saya untuk merealisasikan impian berkenaan.

“Alhamdulillah. Tidak sabar hendak melihat wajah ibu apabila tiba masanya saya berkongsi berita gembira ini. Saya memang tidak berkongsi butiran lanjut mengenainya bersama ibu, namun saya berharap hadiah tidak seberapa ini dapat menggembirakan dirinya.

“Mungkin tidak ramai yang mengetahui mengenai situasi keluarga saya di kampung. Apa pun saya berharap, bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. Biarpun hanya tiga beradik, namun keluarga saya besar di Filipina,” katanya.

Mark, 39, berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Media Prima Berhad di Hotel Hilton, di sini lapor BHarian.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjayanya, Mark memaklumkan bakal tampil dengan drama bersiri berjudul Keluarga Baha Don yang memaparkan kisah keluarga Mafia pertama di Malaysia, bermula 11 Julai depan.

Selain Mark, drama komedi aksi itu turut menampilkan Remy Ishak, Khir Rahman, Sharifah Aleysha, Susan Lankester, Othman Hafsham, Namron dan ramai lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");