Berita Hari Ini

Maut Digilis Bas

BAGAN SARAI: Pemandu maut digilis bas persiaran selepas terjatuh dari motosikal ditungganginya di Kilometer 179 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di Bagan Serai, semalam.

Dalam kejadian 1.20 petang itu, mangsa, Mohamad Zharif Radzali, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala.

Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Sanusi Salleh berkata, pemandu bas berkenaan dipercayai gagal mengelak disebabkan jarak yang terlalu dekat dan menggilis mangsa.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat selepas disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");