Perak Hari Ini

MB Jemput Rakyat Perak Memeriahkan Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Esok

IPOH- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjemput semua rakyat untuk bersama-sama memeriahkan suasana Aidilfitri Kerajaan Negeri yang diadakan di Perkarangan Stadium Indera Mulia esok.

Katanya, majlis jamuan berkenaan yang bermula sekitar jam 2.30 petang sehingga lewat petang turut akan menerima keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama keberangkatan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja DiHilir, Raja Iskandar Zulkarnain.

Selain itu, beliau turut berharap agar majlis jamuan berkenaan mendapat sambutan yang baik selain daripada pemilihan lokasi baru untuk memudahkan rakyat datang bersama keluarga.

“Kerajaan negeri telah mengambil iktibar dari rumah terbuka pada tahun lalu yang diadakan di Movie Animation Park Studios (MAPS) di mana kami dapati bahawa begitu ramai rakyat yang terpaksa jalan begitu jauh serta mendukung anak dan sebagainya.

“Jalan penyelesaian ini telah diambil sebagai satu langkah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa mengedarkan risalah kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Ipoh Selatan, di sini, hari ini.

Tambah beliau, sasaran pada tahun ini adalah seramai 48,000 ribu orang namun, beliau menegaskan bahawa majlis tersebut diadaan demi mengeratkan silaturrahim dan memeriahkan suasana hari raya

“Saya harap seberapa ramai yang hadir itulah jumlahnya tetapi jikalau makanan tidak mencukupi, kita tetap hadir untuk meraikan AIdilfitri beramai-ramai dan itu matlamatnya,” katanya.

Menu istimewa pada tahun ini adalah kambing golek dan kelainan rumah terbuka esok adalah bakal melibatkan semua pejabat daerah di negeri Perak begitu jaga badan-badan berkanun yang turut serta membuak gerai masing-masing.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");