Perak Hari Ini

MB Perak Galak GLC Kurangkan Pembaziran

IPOH- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyeru agar Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), perbadanan serta syarikat-syarikat korporat dapat merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan cara yang sederhana dan tidak terlalu membazir.

Katanya, melalui tindakan yang dilakukan oleh Perbadanan Menteri Besar (MB Inc), agensi ini hanya mengadakan jamuan kepada petugas hospital disamping menyumbangkan barangan keperluan hospital kepada para pesakit dilihat begitu baik.

“Alangkah baiknya inisiatif seperti ini dapat dijalankan dari segi adanya sedikit jamuan makan namun lebihan perbelanjaan digunakan untuk kegunaan hospital dan kebajikan para pesakit.

“Saya berasa begitu teruja dengan adanya program yang begitu dekat dihati saya malah berasa begitu kagum dengan apa yang dilakukan oleh pihak MB Inc,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media samasa menyempurnakan sambutan Hari Raya bersama pihak MB Inc disamping mengadakan lawatan serta menyantuni 150 pesakit kanak-kanak yang berada di wad pediatrik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, hari ini.

Ahmad Faizal dalam masa yang sama amat menggalakkan agar perbadanan yang lain menggunakan wang untuk perkara seperti ini.

Tambah Ahmad Faizal, kepada mereka yang berjaya menjana keuntungan di dalam syarikat, mereka perlu gunakan keuntungan tersebut untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Hari ini saya berasa begitu terkesan setelah berjumpa dengan para pesakit seperti bayi yang dirundung malang dimana keluarga terpaksa menjaga anak yang sakit sehingga ada yang sanggup datang dari jauh.

“Saya juga ingin menyatakan penghargaan dari seluruh rakyat negeri Perak dan kerajaan negeri kepada semua warga kerja HRPB yang tetap menjaga kebajikan para pesakit walaupun semasa sambutan perayaan,” katanya.

MB Inc hari ini telah menyumbangkan sebanyak 10 unit kerusi roda untuk kegunaan para pesakit disamping pam infuse yang bernilai RM3,000 yang mana turut disumbangkan sebanyak 10 unit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");