Perak Hari Ini

MB Perak Hadir Majlis Berbuka Puasa Di Manjoi

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, hadir ke Majlis Berbuka Puasa di Masjid Jamek Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 3, Manjoi, di sini, hari ini.

Ketibaan beliau sekitar jam 6.50 petang disambut barisan ahli jawatankuasa masjid serta penduduk setempat.

Hadir sama, Pegawai Khas Pejabat Ahli Parlimen Tambun, Baddrul Halim Abd Wahab dan Ketua Armada Bersatu Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh.

Terdahulu, Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun menyertai sekitar 50 jemaah membacakan surah Yasin dan Tahlil di perkarangan masjid berkenaan.

Ia turut disedekahkan kepada arwah kedua ibu bapa beliau, Allahyarham Datuk Azumu Tak dan Allahyarhamah Datin Zaliha Nordin.

Usai berbuka puasa, kesemua yang hadir menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");