Perak Hari Ini

MBI,ISPCA Kerjasama Kurangkan Masalah Anjing Liar

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Persatuan Mencegah Kezaliman Terhadap Binatang Ipoh (ISPCA) dan penduduk setempat hari ini telah menjalankan operasi menangkap anjing liar untuk dihantar ke veterinar bagi mengelakkan pembiakan haiwan tersebut.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Ipoh, Syahrizal Azmi berkata, peningkatan populasi anjing liar yang tidak terkawal telah menimbulkan kebimbangan penduduk di kawasan setempat.

“Sehingga bulan Mei tahun ini, pihak MBI sudah menerima kira-kira hampir 500 aduan berkaitan anjing liar dan pihak kami sudah menangkap sebanyak 1,065 ekor anjing liar melalui aduan yang diterima untuk dihantarkan ke pusat perlupusan.

“Bagi program hari ini bersama ISPCA, yang merupakan program pertama kami, anjing yang ditangkap akan dihantar ke veterinar untuk dimandulkan bagi mengurangkan pembiakannya.

“Dari segi kos pula, ia sepenuhnya ditanggung oleh pihak ISPCA dan pihak kami hanya memberikan bantuan dari segi anggota dan logistik bagi menjalankan operasi dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media Operasi Menangkap Anjing Liar di Kampung Bercham, hari ini.

Ujarnya lagi, kerjasama sebegini mungkin akan diteruskan jika pihak ISPCA mampu untuk menerima anjing-anjing yang ditangkap oleh MBI kerana kos yang diperlukan untuk proses pembedahan memandulkan anjing amat tinggi.

“Setiap tahun, pihak MBI telah menangkap kira-kira 2000 hingga 3000 ekor anjing liar daripada kawasan sekitar Bandaraya Ipoh dan ini merupakan satu angka yang amat tinggi.

“Kita akan lihat dari segi kemampuan ISPCA untuk menerima berapa banyak anjing untuk diterima kerana kos pembedahan bagi seekor anjing menelan belanja hampir RM 200 dan kos sepenuhnya ditanggung oleh pihak ISPCA.

“Sebahagian mungkin akan diberikan kepada NGO dan selebihnya akan dihantarkan ke tempat perlupusan kerana ia merupakan tanggungjawab kami bagi memastikan Bandaraya Ipoh bersih dan bebas daripada masalah anjing liar,”katanya lagi.

Pada perkembangan sama, Presiden ISPCA, Ricky Soong berkata, kaedah ‘Trap-Neuter-Release’ atau Tangkap-Kasi-Lepas (TNR) digunakan kepada anjing-anjing yang ditangkap.

“Setahun kita hanya menyasarkan sebanyak 1000 ekor anjing liar untuk dihantarkan ke veterinar bagi proses TNR untuk menghentikan proses pembiakan serta mencegah penduduk setempar daripada masalah kesihatan.

“Kita juga berharap agar program sebegini akan diperluaskan ke seluruh negeri Perak bagi membantu haiwan-haiwan diluar sana kerana mereka mempunyai hak untuk dilindungi daripada penganiayaan serta bebas daripada keganasan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");