Panasnya Hari Ini

‘Media Cuba Pecah Belahkan PAS Menjelang Muktamar’

Naib Presiden PAS Iskandar Samad mendakwa terdapat usaha “media tertentu” untuk memecahbelahkan anggota parti itu menjelang muktamarnya akhir bulan ini.

“Terdapat media yang memberi gambaran seolah-olah ahli-ahli PAS berpuak-puak.

“Seolah-olah mereka fanatik menyokong pemimpin tertentu dan menolak pemimpin tertentu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari lepas rakan sejawatnya Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan kesediaan untuk mempertahankan jawatan pada pemilihan muktamar ke-65, di Kuantan pada 19 hingga 22 Jun ini.

Iskandar yang belum mengumumkan pendirian dalam muktamar kali ini berkata pemilihan dalam PAS bukan seperti parti-parti lain.

“Ia bukan perlumbaan untuk mengejar jawatan tetapi perlumbaan untuk membuat kebajikan.

“Pemilihan berjalan di dalam suasana harmoni dan tidak ada bermasam muka selepas keputusan diumumkan. Pimpinan dan ahli-ahli terus bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Beliau berkata usaha itu mungkin untuk melemahkan pakatan pembangkang.

“Ia tambahan kepada usaha-usaha untuk menggagalkan kerjasama Umno-PAS yang dilakukan secara berterusan,” katanya.

Kelmarin Mkini memetik sumber melaporkan Anggota Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar antara pemimpin dikatakan bakal bertanding jawatan naib presiden PAS.

Turut menyandang jawatan itu ialah bekas anggota parlimen Changkat Jering Idris Ahmad. Idris juga belum mengumumkan sama ada bertanding atau tidak kali ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");