Perak Hari Ini

MK Land Lancar 139 Unit Rumah Emerald 6, Klebang Putra.

IPOH: MK Land Holdings Berhad (MK Land) menerusi anak syarikatnya, Zaman Teladan Sdn Bhd (ZTSB) hari ini melancarkan projek terbaru mereka iaitu Emerald 6.

Pengurus Besar Kanan MK Land Holdings Berhad, Norida Abu Kassim berkata, projek rumah dua tingkat itu melibatkan sebanyak 139 unit rumah yang berkeluasan 1,570 kaki persegi yang dijangkakan siap pada 2021.

“Harga jualan akan bermula daripada RM 287,000 dan ia merupakan kesinambungan dari Emerald 1 sehingga 5 yang telah mendapat sambutan yang baik.

“Projek terbaru ini adalah untuk memenuhi permintaan pembeli yang ingin menjadikan Ipoh secara amnya sebagai kediaman mereka sekeluarga.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri serta Majlis Perlancaran Rumah Teres 2 Tingkat Emerald 6 di Taman Meru Perdana 2, Chemor, hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif MK Land Holdings Bhd, Felina Mustapha Kamal.

Ujarnya lagi, projek tersebut telah mendapat maklumbalas yang baik daripada orang ramai termasuk para pembeli kerana lokasinya yang amat strategik kerana ia berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti sekolah, rumah kelab, pusat membeli-belah, institusi perbankan dan banyak lagi.

“ Projek Klebang Putra ini merangkumi pembangunan kediaman Fasa 1 dan 2 dimana sebanyak 1,273 unit rumah dan 292 unit kedai di Fasa 1 telah diserahkan kepada pembeli dan diduduki sepenuhnya oleh lebih 4,000 penduduk.

“Manakala bagi Fasa 2, ianya merangkumi 73 ekar dari keseluruhan projek Klebang Putra dan mengandungi 969 unit rumah teres serta 49 unit rumah kedai,” katanya.

Pada perkembangan sama, Timbalan Ketua Pegawai Operasi MK Land Holding Bhd, Kamarulzaman Abu Bakar berkata, MK Land sangat komited dalam membangunkan projek Rumah Mampu Milik bagi membantu golongan-golongan tertentu mendapatkan rumah idaman mereka.

“Dari segi kumpulan, pihak syarikat telah menyiapkan hartanah sehingga kini berjumlah 47,927 unit dimana 31,071 unit yang merupakan 65% dari jumlah keseluruhannya merupakan Rumah Mampu Milik.

“Kini MK Land sedang giat membuat perancangan untuk melancarkan pembangunan Rumah Mampu Milik terbaru di kawasan berhampiran Simpang Pulai menerusi Perjanjian Usahasama dengan anak syarikat kerajaan negeri Perak iaitu MB Inc,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");