Berita Hari Ini

Mujahid Tak Pertahan Jawatan Pengerusi Amanah P Pinang

Dr Mujahid Yusof mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan sebagai pengerusi Amanah Pulau Pinang dalam pemilihan parti itu yang akan diadakan tahun ini.

Beliau berkata keputusan itu bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai menteri persekutuan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama.

“Setelah kemenangan PH di peringkat persekutuan, saya telah diberi peranan besar dalam membina Malaysia Baru bersama rakan-rakan kabinet lain. Tanggungjawab ini memerlukan komitmen masa dan usaha yang tinggi daripada saya.

“Justeru sudah tiba masanya untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan lain di Pulau Pinang untuk menerajui Amanah negeri.

“Setelah berbincang dengan rakan pimpinan lain dan ahli keluarga, saya ingin memaklumkan untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai pengerusi Amanah Pulau Pinang bagi penggal akan datang,” katanya ketika sidang media selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri Amanah negeri itu di Kepala Batas.

Amanah akan mengadakan pemilihan parti tahun ini, dimulakan dengan mesyuarat agung tahunan peringkat kawasan bermula 1 Julai hingga 31 Ogos.

Amanah will carry out a nation-wide election this year, with the state annual general meetings to be held on July 1 to Aug 31.

Mujahid yang juga naib presiden Amanah mengetuai parti peringkat negeri sejak ia ditubuhkan pada September 2015.

Beliau berkata, Amanah telah menunjukkan perkembangan politik yang positif di negeri itu apabila menang dua daripada tiga kerusi DUN dan mendapat undi signifikan di satu kerusi parlimen yang ditandingi pada PRU lalu.

“Kini Amanah Pulau Pinang sebahagian anggota pentadbiran negeri dan anggota parti terlibat secara menyeluruh sama ada di peringkat GLC dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Saya yakin Amanah Pulau Pinang akan terus berkembang. InsyaAllah saya memberi komitmen untuk terus membantu dan memberisokongan padu kepada Amanah negeri yang saya anggap seperti anak sendiri,” katanya lagi.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");