KUANTAN: Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, dinamakan sebagai Ketua Dewan Ulama PAS menggantikan Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Dr Nik Muhammad Zawawi yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama sebelum ini, memenangi jawatan itu tanpa bertanding.
Dua lagi jawatan teratas Dewan Ulama turut dimenangi tanpa bertanding iaitu Timbalan Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr Johari Mat dan Naib Ketua, Khirul Muntanazar Ismail.
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh.
Komen & Pendapat