Membawang Hari Ini

Mustapha Kamal Masuk Hospital

ISTERI pelakon terkenal Mustapha Kamal, Sarah Manen Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Susan Manen mengesahkan suaminya kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu kerana mengalami demam panas.

Susan, 45, yang dihubungi berkata, simptom itu bermula dengan dua anak mereka dan seterusnya berjangkit kepada orang lain.

Katanya, sebenarnya dia dan suami sama-sama dimasukkan ke wad kerana demam panas dan muntah serta terkena jangkitan kuman.

“Mulanya dua anak lelaki demam pada malam raya kedua kemudian barulah berjangkit kepada kami berdua.

“Dua hari di rumah kami asyik demam dan muntah. Hari ketiga saya rasa tidak tahan kerana virus itu buat sakit satu badan.

“Saya akhirnya ajak abang Mus ke klinik bersama menantu. Sampai di klinik dia pengsan dan terus dirujuk ke hospital,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, selepas menerima rawatan dan dimasukkan air, keadaan suaminya kini bertambah baik.

“Alhamdulillah, abang Mus sekarang sudah tidak demam tetapi masih lemah. Manakala saya pula masih ada masalah darah rendah.

“Kami masih dalam rawatan dan pemantauan doktor serta kena ambil antibiotik untuk mencegah kuman,” katanya.

Susan berkata, suaminya sepatutnya akan terbabit dengan banyak program hari raya bersama wakil rakyat dan kerajaan negeri tetapi terpaksa dibatalkan kerana masalah itu.

Terdahulu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi turut meluangkan masa menziarahi pelakon berusia 58 tahun itu di HRPZ II.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");