Berita Hari Ini

Najib Tidak Isytihar Kepentingan Dalam SRC Pada Mesyuarat Kabinet

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tidak mengisytiharkan kepentingannya dalam SRC International Sdn Bhd sepanjang mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang membincangkan memorandum ‘Jaminan Kerajaan Sehingga RM2 Bilion Untuk Pinjaman Oleh SRC’.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Bahagian Kabinet Perlembagaan dan Perhubungan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Mazidah Abdul Majid, berkata malah tiada ahli Kabinet meminta Najib meninggalkan mesyuarat ketika atau sebelum memorandum itu dibincangkan.
Mazidah yang juga saksi ke-40 pendakwaan ketika membacakan pernyataan saksi, berkata menjadi amalan ahli Kabinet untuk mengisytiharkan kepentingan mereka jika ada perkara dibincangkan ketika mesyuarat Kabinet

Beliau berkata, ahli Kabinet yang mempunyai kepentingan itu perlu meninggalkan mesyuarat ketika perkara itu dibincangkan, dan tindakan (meninggalkan mesyuarat) itu akan dicatat dalam minit mesyuarat Kabinet.

Katanya, tindakan ahli Kabinet berkepentingan menyertai kembali mesyuarat selepas perkara itu selesai dibincangkan akan turut dicatat pada minit mesyuarat.

“Pernah beberapa kali ahli Kabinet mengisytiharkan kepentingan mereka dan meninggalkan mesyuarat.

“Sebagai contoh, ketika mesyuarat Kabinet pada 26 April 2017, Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Khairy Jamaluddin meninggalkan mesyuarat ketika memorandum daripada Perdana Menteri dibincangkan.

“Ketika mesyuarat Kabinet pada 14 Disember 2016, Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga meninggalkan mesyuarat ketika memorandum daripada Perdana Menteri dibincangkan.

“Najib sendiri pernah meninggalkan mesyuarat…Berdasarkan rekod Bahagian Kabinet, beliau meninggalkan mesyuarat ketika mesyuarat Kabinet pada 23 November 2012 ketika mesyuarat membincangkan memorandum membabitkan CIMB Bank Berhad,” katanya.- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");