Perak Hari Ini

Nga Mohon RM80 Juta Atasi Banjir Di Teluk Intan

Sebanyak RM80 juta diperlukan bagi melaksanakan projek tebatan banjir fasa kedua sepanjang 5.5 kilometer (km) di Teluk Intan bagi mengatasi masalah banjir yang dihadapi sejak sekian lama.

Anggota Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming berkata beliau telah mengemukakan kertas kerja berkaitan projek tebatan banjir itu kepada Jabatan Pengairan dan Saliran di Putrajaya baru-baru ini.

“Saya berharap peruntukan sebanyak RM80 juta itu diluluskan kerana masalah banjir yang sering berlaku terutamanya di sekitar kawasan Changkat Jong tidak dapat diatasi sepenuhnya.

“Jika peruntukan itu diluluskan, kerja-kerja projek berkenaan dapat dilaksanakan tahun depan dan ia dijangka dapat disiapkan menjelang 2020 seterusnya mengatasi masalah banjir setiap tahun,” katanya.

Nga yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia Cawangan Hilir Perak kali ke-21 di Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak di Teluk Intan, hari ini.

Jumaat lalu, seramai 127 penduduk dari Kampung Batu 7 1/2, Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 9 di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong selepas kediaman mereka dinaiki air susulan hujan lebat.

Bagaimanapun, PPS itu telah ditutup sepenuhnya kira-kira 9.40 pagi tadi.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");