Berita Hari Ini

NGO Gesa Siasatan Antarabangsa Terhadap Kematian Morsi

KUALA LUMPUR: Tiga badan bukan kerajaan (NGO) tampil mendesak satu siasatan bebas antarabangsa dilakukan terhadap kematian mengejut bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi, ketika dalam tahanan.

Kenyataan bersama itu dibuat oleh Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid; Ketua Aliansi Masjid seDunia Pertahanan Aqsa dan Ahli Persatuan Antarabangsa Ulama Islam Malaysia, Datuk Ahmad Awang serta Ketua Sekretariat Perhimpunan Ulama, Asia Datuk Abdul Ghani Shamsudin.

“Kami menyokong gesaan untuk penyiasatan bebas antarabangsa ditubuhkan dan penemuan yang diperoleh diumumkan. Ini mesti dilakukan tanpa berlengah.

“Kami meletakkan rejim Mesir sepenuhnya bertanggungjawab atas kematiannya. Dengan keadaannya semasa dalam penjagaan penuh penindasan regim Mesir, kematiannya sengaja dirancang oleh kerajaan.

“Dia meninggal dunia melalui kempen agresif dan ganas oleh rejim Mesir,” kata kenyataan bersama itu hari ini.

Kenyataan itu turut menggesa Rejim Mesir dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas penafian hak Morsi dan penyeksaan ke atasnya oleh pelaku yang menyebabkan kematiannya.

“Selain itu, semua tahanan politik Mesir dibebaskan tanpa syarat dan pengharaman Ikhwanul Muslimin di Mesir dibatalkan dan hak-hak demokratik rakyat dikembalikan semula.

“Semua pemimpin Islam juga digesa mengeluarkan kenyataan kecaman kepada rejim Mesir yang telah menindas suara rakyat yang membantah kezaliman regim Mesir,” katanya.

Kenyataan bersama itu turut memetik laporan dari Sarah Leah Whitson, Pengarah Eksekutif Human Rights Watch (HRW) yang menyifatkan kematian Morsi sebagai kematian dahsyat tetapi dapat diramalkan kerana kegagalan regim Mesir membenarkan dia mendapatkan rawatan perubatan yang mencukupi.

“Dia (Morsi) dinafikan makanan dan ubat yang mencukupi. Kerajaan Mesir mengetahui dengan jelas mengenai keadaan kesihatannya yang merosot. Dia kehilangan banyak berat badan dan juga pengsan di mahkamah beberapa kali.

“Dia ditahan di dalam penjara bersendirian tanpa akses kepada televisyen, e-mel atau komunikasi dengan kawan dan keluarga.

“Tidak dapat diterima bahawa media Mesir hanya menggambarkan kematiannya di penjara akibat serangan strok,” lapor HRW.

Selain itu, kenyataan bersama itu turut memetik Ikhwanul Muslimin di London, yang menyifatkan kematian Morsi sebagai ‘pembunuhan yang direncanakan’, mengatakan bahawa bekas presiden itu dilarang mengambil ubat atau menerima lawatan dan terdapat sedikit maklumat tentang keadaan kesihatannya memetik BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");