Sukan Hari Ini

Nwakaeme Sedia Kecewakan The Bos Gaurus

KUANTAN: Penyerang import Pahang, Dickson Nwakaeme percaya skuad itu tiada masalah untuk mengecewakan Perak apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

Penyerang Nigeria itu berkata, kelebihan beraksi di laman sendiri perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencatat kemenangan selesa ke atas The Bos Gaurus.

“Sudah pasti saya dan rakan sepasukan mahu mencatat kemenangan selesa sebelum bertandang ke Ipoh pada 29 Jun ini.

“Memang kami sasarkan untuk layak ke final dan mempertahankan Piala FA dimenangi musim lalu.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh hilang fokus kerana mereka (Perak) juga berada pada prestasi terbaik ketika ini dan pasti ingin mara ke saingan final,” katanya.

Ditanya mengenai gandingan bersama Lazarus Kaimbi, Nwakaeme berpuas hati dengan penyerang Namibia itu selepas beraksi dalam dua perlawanan.

Katanya, corak permainan pasukan juga bertambah baik dan jentera serangan skuad Tok Gajah turut mempamerkan peningkatan sejak kehadiran Kaimbi, berbanding aksi sebelum ini.

“Kami berjaya menjaringkan gol awal ketika menewaskan PKNP FC 2-0 Selasa lalu dan  diharapkan dapat mengulanginya lagi apabila berdepan Perak nanti.

“Kaimbi seorang pemain yang bagus dan berpengalaman, dengan perlawanan ketiga bertemu Perak diharapkan dia akan mempamerkan prestasi lebih baik.

“Saya percaya sokongan padu daripada peminat Tok Gajah akan membantu kami mempertahankan Piala FA musim ini,” katanya.- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");