Kosmo! difahamkan pasukan yang menggabungkan pelbagai agensi itu berjaya mengesan mayat tersebut berpandukan kepada waris keluarga mangsa.

Dengan penemuan tersebut pasukan pencari meneruskan operasi mengesan lapan lagi kubur Orang Asli berkenaan bermula pada pukul 8.30 pagi ini.

Sementara itu, Komander Operasi  yang juga Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin ketika dihubungi memberitahu pihaknya akan membuat sidang akhbar petang ini berhubung perkembangan pencarian.

Laporan dari pasukan pencari, mereka berjaya menemui rangka mayat pertama daripada 12 penduduk Orang Asli suku kaum Batek pada pukul 4.30 petang semalam.

Tulang tersebut ditemui dalam keadaan berselerakan di atas tanah oleh pasukan yang terdiri dari Bahagian Siasatan Forensik Bukit Aman dan pasukan forensik Kementerian Kesihatan dengan dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), penunjuk arah daripada masyarakat Orang Asli suku kaum Batek dan agensi lain.

Mayat ini ‘disimpan’ mengikut adat suku kaum Batek dengan digantung dan diletakkan di atas pokok memetik laporan Kosmo Online.