Perak Hari Ini

Orang Ramai Dijemput Memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Perak

IPOH- Kerajaan negeri Perak menjemput semua rakyat hadir bagi memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri kerajaan negeri di Perkarangan Stadium Indera Mulia pada hari raya pertama.

Kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, rumah terbuka tersebut turut disertai dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah serta Raja Permaisuri, Zara Salim.

Baginda berdua serta Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja DiHilir, Raja Iskandar Zulkarnain turut dijadualkan berangkat.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan dijangka bermula sekitar jam 2.30 petang.

Dalam pada itu, semasa majlis santapan, persembahan oleh artis tempatan seperti Aris Ariwatan, Hamdan dan Wahid Senario serta beberapa persembahan lain turut diadakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");